PERHATIAN : Kehebatan kaedah pemasaran video akan menyebabkan bakal pelanggan anda tidak tidur lena jika tidak membeli produk anda!


TUNGGU! jangan beredar dahulu dari laman web buatvideo.com jika anda belum layan video di atas ini. 


Dah habis tengok dah video di atas? Belum habis loading lagi? Sekejap jer tue.... Kalau dah habis tengok, terasa auranya? Terasa resapannya hingga ke minda?

Sekarang, adakah anda sedar persaingan dalam dunia perniagaan semakin sengit? Setiap penjual berebut-rebut untuk menonjolkan KELAINAN untuk memasarkan produk mereka.

Jika kaedah pemasaran anda masih tidak unik dan di takuk lama. Pastinya jualan anda akan susut, tak laku dan mungkin bisnes anda akan hanyut ditelan zaman...

Ya, apa yang anda tonton sebentar tadi juga sebenarnya adalah salah satu strategi pemasaran buatvideo.com

Kaedah Lama Pemasaran Semakin Hanyut Ditelan Zaman.....

Jika anda masih menggunakan kaedah lama untuk mengiklankan produk anda seperti pamphlet, iklankan di media cetak konvensional, meletakkan banner-banner biasa di blog, anda sebenarnya sedang membazir waktu dan wang anda secara membuta tuli kerana kaedah begitu semakin kurang diminati oleh generasi hari ini. 

Kaedah lama pemasaran telah menjadi kurang efektif kerana semakin tinggi teknologi, prospek juga sudah semakin muak dengan kaedah pemasaran yang tidak dapat menarik minat mereka.

Saya ingin bertanya kepada anda, jika anda periksa peti surat ataupun jurujual-jurujual konvensional meletakkan risalah-risalah pemasaran di wiper kereta anda, sudah pasti anda akan mual bukan? 

Saya yakin anda amatlah kurang berminat dengan apa diceritakan dalam kaedah pemasaran konvensional kerana anda kerana ianya amat tidak interaktif sama sekali.


Pemasaran Video Akan Menjadi Pelopor Teknik Pemasaran di Internet Bermula Tahun 2011


Pemasaran Video pada hari ini adalah modul baru dalam kaedah menjual di internet. Dengan Pemasaran Video, mesej yang anda ingin sampaikan cepat untuk dihadam oleh bakal pembeli anda dan juga tak perlu meleret-leret untuk menceritakan kehebatan produk anda.

Sekarang sudah ramai orang menggunakan smartphone yang dilengkapi dengan broadband seperti Iphone, Blackberry, HTC dan pelbagai gajet yang sudah pun boleh menyokong untuk memainkan video. Jadi, anda tidak perlu risau yang video yang anda hasilkan tiada orang tengok. Hanya touch kan screen, ada internet connection, semua orang sudah boleh tengok video pemasaran anda.

Seorang pengusaha perniagaan hanya memerlukan 15saat untuk mengiklankan produk mereka di TV dan jika ianya disiarkan berulang-ulang kali pasti mudah untuk anda mengingati produk mereka bukan?

Video bukan sahaja sesuai untuk syarikat-syarikat korporat besar, asalkan anda seorang usahawan, tidak kisahlah  usahawan tudung, baju, jersi, jubah, usahawan ebay, usahawan mudah.my, ejen affiliate, ejen MLM atau apa sahaja bidang yang anda ceburi dan menggunakan internet sebagai medium pemasaran. Yaa, anda wajib pelopori pula pemasaran melalui video dan diletakkan di blog dan juga website anda.


Unifi Akan Menjadi Penyelesaian Video Lambat Nak Loading

Baiklah, bercakap tentang video lambat nak loading, saya pasti anda pun tahu kini Unifi telah mula meng’attack’ kawasan di sekitar lembah kelang dan lama kelamaan akan merebak ke seluruh Malaysia. 

Jadi, jika anda adalah seorang penjual produk, anda tidak harus lepaskan peluang ini kerana masa yang diambil untuk loading guna youtube adalah lebih pantas daripada pengendali-pengendali servis internet yang lain.

Dan, adakah anda pasti pengendali servis broadband yang lain akan duduk diam melihat Unifi mengganas? Anda fikir Celcom, Maxis, Digi, Umobile tidak akan berbuat sesuatu untuk meningkatkan kapasiti kelajuan internet mereka? 

Sudah tentu mereka juga akan meningkatkan RnD mereka demi meningkatkan kelajuan internet untuk menarik hati pelanggan. Alah logik aje nie… Nanti sorang dah start turun harga, lama-lama yang lain pun ikut, dan dapatlah bayar bil murah tapi internet laju. Oke, sudah tiada alasan lagi video lambat loading.


Kitorang Akan Bantu Untuk Meletupkan Jualan Produk Anda

Siapa "kitorang" nie? Krew BuatVideo.com mempunyai 2 orang anggota yang mempunyai minat yang mendalam dalam pembikinan video sejak tahun 2004. Krew Buat Video dahulu hanya bergerak secara solo dan juga lebih kepada buat kerja secara suka-suka.

Namun, segalanya telah berubah pada penghujung tahun 2010, di mana mereka ini telah bersepakat dan bergabung menjadi sebuah pasukan yang lebih tersusun organisasinya dan laman web www.buatvideo.com adalah laman web rasmi krew ini.

Sebelum ini, krew buatvideo.com telah banyak terlibat dalam pembikinan-pembikinan teaser video, trailer video, wedding cinematography, corporate video untuk syarikat-syarikat ternama, photo montage, dan juga penerbitan video pendek.





Hakim Najili


- Berpengalaman selama 5 tahun sebagai videographer
- Terlibat dalam kerja-kerja produksi dan juga pemasaran
- Pemasar Produk Digital di Peringkat Antarabangsa dan juga Tempatan




Si Ka Lang

- Berpengalaman selama 7 tahun sebagai video editor
-  Terlibat dalam kerja-kerja post produksi dan juga teknikal editing termasuklah concept establishment.
- Mahir menggunakan perisian Sony Vegas Pro untuk melaksanakan tugasan post produksi


Equipment Yang Digunakan Oleh Krew BuatVideo.com Untuk Melakukan Kerja-Kerja Produksi dan Post Produksi



                                                     


Krew BuatVideo.com in Action!





Jika Mahukan Servis Memasarkan Produk Anda Di Internet Dengan Menggunakan Video, Krew BuatVideo.com Bersedia Membantu Anda!

Ya... Krew BuatVideo.com bersedia membantu anda dengan menawarkan servis terulung membikin Trailer Video untuk produk anda! Sama ada anda menjual tudung, menjual karipap sejuk beku, ejen MLM, ejen insuran, ejen dropship, membuat seminar forex, pengusaha ebook, serahkan sahaja kepada kami untuk membuat video pengiklanan produk untuk diletakkan di laman web anda.


Apakah kelebihan yang anda akan perolehi jika menggunakan pemasaran video?


Video mempercepatkan proses penjenamaan produk anda.
Apabila kita menyebut BMW, McDonalds, Permata Hijrah, Perodua, Nike, Adidas, adakah kita perlu mencari info tambahan apa yang mereka ini jual? Itulah kehebatan penjenamaan! Sekarang, untuk anda mempercepatkan graf supaya produk anda mudah dikenali, menggunakan video adalah antara cara paling pantas. Oleh itu, tidak hairanlah, sesetengah syarikat membayar puluhan ribu ringgit hanya untuk membayar slot iklan 15saat di TV!

Video yang berkualiti menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat.
Setiap kali musim perayaan kita sentiasa ternanti-nantikan iklan daripada syarikat besar seperti PETRONAS, PERODUA, PROTON, TNB dan lain-lain lagi. Sungguhpun, mereka sudah ada nama tetapi mereka ibarat menyelam minum air. Sambil mereka memberikan mesej terhadap perayaan berkenaan, syarikat-syarikat besar ini juga sebenarnya sedang mengukuhkan lagi jenama mereka. Kadangkala kehebatan produk mereka begitu mudah untuk disampaikan kepada kita. Adakah anda masih ingat iklan kelip-kelip oleh TNB? Begitu besarnya peranan mereka dalam negara untuk sentiasa me'lampu'kan hari-hari kita.

Video dapat meningkatkan taraf kualiti produk agar nampak lebih mahal dan eksklusif
Pernah tak anda tengok iklan orang jual pisang goreng kat dalam website? Ataupun di kaca TV. Apakah yang anda bakal rasakan jika terbukti ianya ada? Pembungkusan yang cantik, gorengan yang rangup, dapur yang bersih. Pisang yang sedap. Jadi tidak hairanlah walaupun sehiris RM2, prospek tidak akan rasa mahal untuk mengeluarkan wang kerana mereka merasakan si penjual menjual produk yang bersifat premium.

Video boleh dimainkan di



Kini, facebook telah menjadi medium baru dalam penyampaian maklumat. Facebook bukan sahaja menjadi penghubung rakan-rakan di alam maya, malah ianya juga telah menjadi satu perkara yang wajib bagi syarikat-syarikat besar mengembangkan lagi sayap mereka. CIMB, Air Asia, Pizza Hut, Ahli Politik semuanya gunakan facebook. Malah jika anda menonton Buletin Utama, Polis Diraja Malaysia juga telah menyampaikan maklumat kepada TV3 menggunakan Facebook.
Anda seharusnya tidak melepaskan peluang mengiklankan perniagaan anda menggunakan facebook. Dan gunakan fungsi upload video untuk mempromosikan produk anda supaya ianya boleh dilihat bukan sahaja 1Malaysia malah satu dunia!

Video menawarkan komunikasi secara interaktif
Video menawarkan pembentangan kelebihan produk anda dalam bentuk yg sangat seronok dan interaktif. 98% prospek membeli disebabkan perasaannya yang teruja untuk mendapatkan sesuatu produk. Jadi apabila mereka sudah teruja dengan presentation produk anda dalam bentuk video, potensi untuk anda menukarkan prospek menjadi pembeli amat tinggi dan begitu mudah sekali.



Siapa Yang Telah Mendapatkan Servis BuatVideo.com Nie?

Krew BuatVideo.com telahpun mendapat puluhan projek sama ada secara direct mahupun indirect di segenap segmen industri videografi tanah air.

Dari Industri Perkahwinan. Industri Pemasaran Produk Digital, Industri Pemasaran Produk Fizikal, Corporate Video. Banyak pengalaman yang telah dikutip dan menjadikan krew BuatVideo.com telah melalui episod yang mematangkan dalam industri videografi dan juga cinematografi.

Di bawah ini ada beberapa sampel yang telah krew BuatVideo.com lakukan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa sample PREMIUM yang telah dibikin tidak dapat dipaparkan kepada umum untuk menghormati privasi client kami. Jika anda mahu lihat contoh-contoh premium lain anda boleh hubungi kami dan kami bersedia untuk berjumpa dengan anda untuk membincangkan dengan lebih lanjut.

Sementara itu, sila layan dahulu video-video yang telah dihasilkan sebelum ini.






Macam Mana Nak Tempah Servis Krew BuatVideo.com nie?

Krew BuatVideo.com hanya akan memaparkan General Price untuk Trailer Video yang boleh di customize mengikut citarasa anda. Ini adalah pakej yang ditawarkan :-

Pakej 1 : VoiceOver + Premium Footage + Muzik + Effect =
RM1,000 untuk setiap minit

Pakej 2 : Real Footage + VoiceOver + Premium Footage + Muzik + Effect =
 RM1,700 untuk setiap minit


Kenapa Mahal Sangat? Tak Boleh Murah ker?

Baiklah, disebabkan mungkin ada segelintir antara kita yang kurang bajet untuk membelanjakan promosi melakukan pemasaran secara Video, Krew BuatVideo.com telah menawarkan template teaser video untuk anda promosikan produk anda.

Template ini anda tidak boleh ubah perjalanan susun aturnya. Anda hanya boleh ubah perkataan sahaja, beritahu kami apa perkataan yang anda mahu dan kami akan masukkan dalam video tersebut.

Pakej Template Premium Teaser Video : serendah
RM147 sahaja!

Berikut adalah contoh template yang krew BuatVideo.com sediakan khas untuk anda : 
(Sila pasang speaker komputer anda untuk mendapatkan feel sebenar)









       

# Krew BuatVideo.com sangat mengalu-alukan komunikasi 2 hala dengan bakal pelanggan kami. Oleh itu, jika anda mahukan kami memberi penerangan lebih lanjut kepada anda, sila smskan Nama & No. Telefon kepada

012 - 6328002


# Ataupun sebagai alternatif anda boleh sahaja emelkan pertanyaan kepada

email@buatvideo.com

Daripada Krew,


Copyright Protected 2010-2011. All contents are belongs to www.buatvideo.com